Sunday, September 10, 2017

Menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah


 Berikut adalah jawatankuasa pembangunan sukan sekolah

AHLI JAWATANKUASA
MAJLIS PEMBANGUNAN SUKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 27 (2) SHAH ALAM


Penaung                      :           Tuan Haji Mohd Salleh Bin Mohd Kassim S.I.S
                                                            Pengarah Pendidikan Negeri Selangor

            Penasihat                    :           Encik Abdul Ghaffar Bin Bakar
                                                            Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana

            Pengerusi                    :           Encik Shahir Redzuan Bin Musa
                                                            Guru Besar SK Seksyen 27 (2) Shah Alam


           
Ahli Jawatankuasa      :

1.               Jawatankuasa Kecil Pembangunan Fizikal Sukan Sekolah
                        Pengerusi                    :  Puan Suriani Binti Silaiman
                                                               Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

2.               Jawatankuasa Kecil Penggalakan Sukan
                        Pengerusi                    :  Encik Noor Hissham Bin Zakaria
                                                               Penolong Kanan Kokurikulum

3.               Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia
                        Pengerusi                    : Puan Safiah Laili Binti Musa
                                                              Penolong Kanan Pentadbiran

4.               Jawatankuasa Kecil Pemantauan dan Penilaian
                        Pengerusi                    : Puan Siti Shah Jihan Binti Wahab
                                                              Setiausaha Sukan Sekolah

5.               Jawatankuasa Kecil Peningkatan Profesionalisme
                        Pengerusi                    : Puan Sabrina Binti Mansor
                                                              Setiausaha Kokurikulum

6.         Jawatankuasa Kecil Kewangan
                        Pengerusi                    : Encik Zamri Bin Yusof
                                                              YDP PIBG

7.         Jawatankuasa Kecil Teknikal
                        Pengerusi                    : Encik Mohd Rapid Bin Ariffin
                                                              NYDP PIBG 


BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KECIL
JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN FIZIKAL SUKAN SEKOLAH

1.  Merancang pembangunan Fizikal Sukan Sekolah.
2.  Menyediakan Kemudahan fizikal sukan yang berkualiti.
3. Memastikan setiap kemudahan fizikal sukan berada dalam keadaan baik dan boleh diguna pakai.
       4.  Melaporkan setiap kerosakan dan kecacatan fizikal sukan kepada pihak yang berkenaan untuk dibaikpulih. 
      5.  Memastikan kemudahan fizikal sukan sekolah mencukupi mengikut jumlah murid.


JAWATANKUASA KECIL PENGGALAK SUKAN SEKOLAH

      1.  Merancang segala aktiviti yang berkaitan dengan sukan dan permainan
      2.  Menyediakan kertas konsep untuk aktiviti sukan yang akan dijalankan
      3.  Memastikan penglibatan murid secara menyeluruh.
      4.  Memberi dorongan kepada murid supaya mempunyai minat terhadap sukan dan permainan.


JAWATANKUASA KECIL SUMBER MANUSIA SUKAN SEKOLAH

1.  Menentukan agihan tugas kepada guru mengikut aktiviti sukan dan permainan.
2.  Menentukan jumlah guru yang diperlukan untuk setiap aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan dan disertai.
3.  Memastikan agihan tugas yang diberikan dilaksanakan dengan sebaiknya.
4.  Menguruskan penyertaan pasukan dan peserta dalam sesuatu pertandingan sukan dan permainan.


JAWATANKUASA KECIL PEMANTAUAN DAN PENILAIAN SEKOLAH

1.  Memantau semua aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan.
2.  Membuat Post Mortem ke atas semua aktiviti sukan permainan yang dijalankan dan disertai.
3.  Membuat Laporan semua aktiviti sukan dan permainan yang disertai oleh sekolah pada peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan.


BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KECIL
JAWATANKUASA KECIL PENINGKATAN PROFESIONALISME

1.  Merancang aktiviti seperti mengadakan kursus, seminar untuk guru-guru dan murid-murid berkaitan dengan sukan bertujuan meningkatkan kemajuan sukan di sekolah.
2.  Mengenalpasti guru-guru berpotensi dalam sesuatu bidang sukan untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
3.  Bekerjasama dan berhubung dengan pihak agensi luar bagi mendapatkan kepakaran dalam bidang sukan untuk membantu meningkatkan taraf profesional guru dalam bidang sukan.
4.  Melaporkan setiap kegiatan yang dijalankan kepada pihak Guru Besar.


JAWATANKUASA KECIL KEWANGAN SUKAN SEKOLAH

1.  Membantu pihak sekolah dari segi kewangan yang diperlukan dalam pengurusan sukan di sekolah.
2.  Membantu pihak sekolah mendapatkan dana dan sumbangan dari pihak luar untuk digunakan dalam pengurusan pembangunan sukan sekolah.
3.  Bertanggungjawab memastikan sumber kewangan bagi pembangunan sukan sekolah mencukupi untuk menjalankan aktiviti sukan dan permainan di sekolah.


JAWATANKUASA KECIL TEKNIKAL SUKAN SEKOLAH

1.  Memberi bantuan dari segi kepakaran dan tenaga yang diperlukan oleh pihak sekolah dalam menguruskan aktiviti sukan dan permainan di sekolah.
2.  Membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti sukan di sekolah.